Result oh Result T.T
Friday, ϟ 5 shout(s)

Allahumasolli 'ala Muhammad




Assalamualaikum everyone  
Alunan zikir menandakan sms masuk. 'salam, dah check result?'. Jantung terus berdengup kencang. Allah! Result sudah keluar. Adakah akan berhasil dengan usahaku ini ya Allah! Tangan terus menaip log in pelajar. Bismillah!
Mata masih tercari-cari mana nak check result. Sabar. Alunan nasyid pula menandakan orang call. 'Assalamualaikum wardah. Macam mana result?' Walaikumussalam. Result? Tak tahu lagi, tengah mencari. Ha! Result macam mana? Alhamdulillah lulus. Just said : Alhamdulillah. wardah tak tahu lagi ni. takut!
Tutt.. Tutt.. Letak fon.
Allahuakhbar Allahuakhbar! Bilal sudah azan asar. Stop search. Ambil wudu' + solat. Tenangkan hati. Selawat + istiqfar.
Jika keputusan itu terbaik buatku, aku redha ya Allah. Biar sem yang lalu pengajaran buatku yang lemah ini.




Bismillah again!
Alhamdulillah jumpa. Allah! Kenapa sama macam sem lepas? Shocked sebentar :O
Eh! ni sem lalu punya la. scroll bawah ada tulis sem 2. Bismillah. First, tengok madah(subjek) yang penting dari sem lalu. Alhamdulillah, Lulus semua! tak da yang kena repeat. Apapun yang kita dapat. Sujud syukur.
Alhamdulillah. Alhamdulillah.
Mak dan abah tak tahu anak dia dapat result lagi. Sem lalu agak mengecewakan result. So, sem ni alhamdulillah. Abah balik. 'Abah, alhamdulillah lulus sem ni.'
Alhamdulillah. Boleh makan besar la. Hahaha. =)
Mak : Alhamdulillah, terus peluk! terharu T.T
Saya hanya mampu tersenyum. Allah! gembiranya hati mak dan abah pabila anak dia berjaya. So, teruskan usaha untuk sem akan datang. Doakan WardahRujhan ye :)



Perkongsian :
Berapa ramai orang mengucapkan syukur di atas setiap ujian yang Allah turunkan? ujian bukan suatu yang memudaratkan kita, tapi ujian diturunkan penuh dengan hikmah. Pandanglah dengan pandangan yang jauh. Setiap yang Allah titipkan buat hamba-Nya sedikit pon bukan untuk menyusahkan kita tetapi kerana kasih dan sayang-Nya pada kita, hamba-Nya.

cintanya Tuan buat hamba-Nya, kita.
maka, bersyukurlah tika senang atau susah.

“Bersyukurlah, niscaya akan Aku tambahkan nikmat kepadamu”

[ Surah Ibrahim : 7 ]


new past