~Mari baca sama-sama~
Thursday, ϟ 0 shout(s)
Assalamualaikum...Apa khabar semuanya?Moga sihat hendakNya..Alhamdulillah, Allah masih memberi kita nikmat Iman dan Islam..
Iblis menangis ketika mukmin bersalam..
RASULULLAH saw bersabda maksudnya: "Wahai manusia, sampaikanlah salam,
berikanlah makan dan solatlah pada waktu malam ketika orang Lain sedang
tidur, maka kamu akan masuk syurga. "Sabdanya lagi: "Sesungguhnya dalam syurga itu ada kenikmatan yang belum pernah dilihat oleh mata, belum pernah dibayangkan hati manusia."
Lalu bertanya sahabat: "Ya Rasulullah, untuk siapakah itu?" Sabda Rasulullah: "Ia bagi orang yang menyampaikan salam, bagi orang memberikan makan, bagi orang yang selalu berpuasa, bagi orang yang mengerjakan solat malam ketika orang lain sedang tidur."
Bertanya sahabat: "Siapakah orang yang kuat mengerjakan semua itu, ya Rasulullah?" Sabda Rasulullah lagi: "Akan aku terangkan kepada kamu semua.Mereka ialah:-
Barang siapa bertemu dengan saudaranya (semua orang Islam) dan memberikan salam kepadanya, sesungguhnya dia telah menyiarkan salam. Barang siapa memberi makan ahli keluarga/ anak isterinya hingga kenyang, maka sesungguhnya dia telah memberi makan. Barang siapa berpuasa pada Ramadan, kemudian berpuasa enam hari Syawal (kecuali 1 Syawal), bererti dia sentiasa berpuasa. Barang siapa solat Isyak dan Subuh berjemaah, sesungguhnya dia mengerjakan solat malam ketika orang lain sedang tidur. "Ibnu Abbas berkata: "Sesungguhnya iblis menangis, sewaktu seseorang mukmin itu bersalam dan dia mengeluh, aduh celaka, kedua-dua mukmin itu tidak berpisah melainkan diampuni dosanya.
"Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara :
"Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan, Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu, Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu, ..dan dosa-dosa yang silam di sulami dengan taubat kepada Dzat yang Memiliki mu."
p/s:moga kita sentiasa istiqamah ya...maaf ya kalau ada silap dan salah...Saya berterima kasih kerana melawat blog saya ini..yang baik datang dari Allah,yang lemah datang dari saya yang lemah ini..
new past