~Untuk renungan~
Saturday, ϟ

Bismillahirrahmanirrahim..
(ikhlaskan niat)

Hari ini saya ingin berkongsi dengan anda semua suatu kisah cerita yang saya ambil dari buku SOLUSI..

Tajuk : Memikul keldai

Suatu hari,seorang pemuda diserahkan oleh bapanya kepada seorang guru sufi untuk dididik cara mengawal nafsunya.
"Siapkan bekalan. Mari ikut saya bermusafir,"kata guru sufi itu sebaik sahaja pemuda itu tiba di madrasahnya.Pemuda itu agak terkejut kerana dia masih keletihan akibat perjalanan yang jauh ke madrasah guru sufi itu.
"Apa yang perlu saya bawa?"
"Bawa pakain sehelai dua,"jawab guru sufi itu.
Mereka pun memulakan perjalanan yang jauh.Setelah agak lama, mereka menemui satu bukit yang agak tinggi.
"Kita akan mendaki bukit ini."
"Mana jalannya?"
"Kita susuri jalab di tep lereng bukit,"kata guru sufi.
"Nanti, nanti...saya sangat keletihan. Alangkah baik jika ada keldai.Kita boleh menunggangnya."
"Kamu hendak menunggang keldai?"Baiklah,mari kita membelinya dahulu."
Dalam hatinya berasa lega,dia tidak akan terpaksa berjalan lagi.Dia sangat-sangat keletihan.
Setelah guru sufi membeli dua ekor keldai,dia pun berkata, "Sekarang ada dua ekor keldai.Saya akan menunggang salah seekor daripadanya.."
"Dan saya akan menunggang seekor lagi,"pintas pemuda itu.
"Tiadak!"kata guru sufi itu.
"Mengapa?"
"Jangan bertanya.Patuh sahaja."
Pemuda itu terkejut .Tetapi dia tidak berani melawan.
"Habis,kita akan biarkan seekor keldai ini berjalan tanpa apa-apa beban?"
"Tidak.Sebaliknya kamu mesti memikulnya!"
"Memikul keldai menaiki bukit yang tinggi ini!"
"Ya.Pikul keldai ini dan naik ke atas bukit,"jawab guru sufi itu pendek dan tajam.
Maka dengan susah payah,dia memikul keldai sambil menyusuri jalan tepi lerengbukit itu.Termengah-mengah.
Dia benar-benar keletihan.
Sebaliknya guru sufi itu bersabtai-santai menaiki keldainya berjalan di hadapan pemuda itu.Belum sampai separuh perjalanan,pemuda itu pun jatuh pengsan.
Setelah merawat si pemuda dan memberinya minuman,guru sufi itu pun berkata,"Anakku,keldai itu umpama nafsumu.Allah ciptakan nafsu untuk kau menungganginya bukan kau ditunggang olehnya."
"Maksud tuan?"
"Dengan menurutkan nafsumu,kau akan disusahkannya.Jiwa,hati dan badanmu akan kelelahan.Kehendak nafsu tidak ada batas dan tidak pernah puas.Lepas satu-satu kehendak dan kerenahnya.Ini samalah dengan kau memikul keldai dan menaiki bukit yang tinggi."
Pemuda itu terdiam.
"Sebaliknya,jika kau menuggangi nafsu dengan mengawal dan menguruskannya,kau akan mendapat kemudahan dalam menjalani kehidupan.Nafsu berguna selagi dia menjadi hamba tetapi apabila dijadikan tuan,apalagi tuhan,maka hidup kita akan dihancurkan."
"Seperti saya yanfg memikul keldai tadi?"
"Ya.Dan lihat pula betapa mudahnya menyusuri jalan di lereng bukit ini dengan menaiki keldai.Begitulah nafsu apabila dikawal dan digunakan ke arah kebaikan."
"Ya.Ya.Orang yang mengikut perintah hawa nafsunya bagaikan memikul keldai mendaki bukit!"akui pemuda itu.

Pengajaran : Nafsu adalah sebahagian daripada diri kita yang jika tidak dikawal akan menyusahkan kita.Oleh sebab itu,kawallah nafsu bukan kita dikawalnya.

p/s : Semoga saya dan anda semua dapat manfaat dari cerita ini..(InsyaAllah)
p/s : Saya minta maaf kalau ada tersilap ke atau ada yang terguris maafkan saya yang lemah ini..
p/s : Saya berterima kasih kerana melawat blog saya ini..yang baik datang dari Allah,yang lemah datang dari saya yang lemah ini..




new past