~Renungan buat semua~
Monday, ϟ
Dengan Nama-Mu Ya Allah Yg Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
Selawat dan Salam ke Atas Rasulullah SAW
Assalamualaikum Warahmatullah...
"TAKUTLAH KEPADA ALLAH"
BERKATA Ibnu Abbas r.a bahawasanya RasuluLlah s.a.w telah bersabda :
ALLah telah berfirman :
" Berkata Daud tatkala dia berkata-kata kepada Tuhannya : Ya Tuhanku!
Siapakah di antara hamba-hambaMu yang paling
Engkau cintai, supaya aku mencintainya dengan sebab cintaMu itu?
Berfirman Tuhan: Wahai Daud! Orang yang paling Kucintai
di antara hamba-hambaKu ialah yang bertakwa hatinya, suci kedua-dua
belah tangannya, tidak menyusahkan orang lain dan
tidak membuat fitnah ke sana ke mari, gunung-ganang akan berubah namun
dia tetap begitu juga, dia mencintaiKu serta
menarik hamba-hambaKu untuk mencintaiKu.
Berkata Daud: Ya Tuhanku! Sesungguhnya Engkau mengetahui bahawasanya
aku ini mencintaiMu dan mencintai orang yang
mencintaiMu, tetapi bagaimana dapat aku menarik hamba-hambaMu untuk
mencintaiMu.
Berfirman Tuhan: Ingatkanlah mereka kepada segala macam nikmatKu,
segala macam ujianKu dan segala macam seksaanKu.
"Wahai Daud! Sesungguhnya tiada seorang hamba yang menolong orang
yang teraniaya atau berusaha untuk melepaskannya
dari penganiayaannya, melainkan ALlah akan menetapkan kedua-dua tapat
kakinya pada hari semua tapak kaki akan tergelincir."
( Riwayat Baihaqi dan Ibnu Asakir )
Huraiannya:
Orang yang dikasihi ALLah SWT itu mestilah berakhlak yang mulia dan
menurut contoh-contoh akhlak dan budi pekerti yang
ditunjuk di dalam al-Quran.
Nabi Muhammad s.a.w dipuji oleh ALLah s.w.t di dalam firmanNya
sebagai seorang yang mempunyai akhlak dan budi pekerti yang luhur.
Kita sebagai pengikutnya wajib mencontohinya dalam serba-serbi agar
kita dikasihi ALlah s.w.t., sebagaimana baginda
sendiri sangat dikasihiNya.
Dalam soal jawab antara Nabi Daud a.s dengan Tuhan tentang bagaimana
sifat orang yang sangat dikasihi olehNya, Tuhan
berfirman: Mestilah dia bertakwa hatinya. Yakni menjalankan segala
perintah Tuhan dan menjauhi segala laranganNya sebagai
tugas yang utama secara ijmali.
Kemudian bersih kedua-dua belah tangannya, yakni daripada segala rupa
penganiayaan.
Bukan hatinya sahaja bertakwa, tetapi sifatnya yang suka menipu
orang, mengkhianati orang, merampas hak orang dan
sebagainya. Ini bukanlah sifat seorang mukmin yang hakiki.
Sebab ALLAH s.w.t. akan menolak takwanya,
apabila perhubungannya
dengan sekalian hamba-hambaNya tidak menyenangkanNya.
p/s : maaf ya klu ada silap dan salah..
new past