~Adakah kita bersyukur~
Tuesday, ϟ

Bismillahirrahmanirrahim..
(ikhlaskan niat kerana Allah)
Hari ini rasa macam nak hujan pulak..
Semoga kita sentiasa bersama mengingati-Nya..(InsyaAllah)
Saya ingin berkongsi sedikit apa yang saya akan tulis..

Hmm...
Satu kejadian yang menginsafkan saya dan mesti anda semua juga tentang banjir yang berlaku beberapa hari lalu..
Alhamdulillah rumah saya tidak banjir...
Sekarang ini mereka kata kena siap2 bekalan makanan kerana gelombang kedua akan datang..
Subhanallah...
Allah menurunkan semua itu pasti ada hikmahnya...
Saya petik dari Al-quran,
Allah telah berfirman :
"Telah nampak kerosakan di darat dan di laut disebabkan kerana perbuatan tangan manusia, supaya Allah merasakan kepada mereka sebahagian dari (akibat) perbuatan mereka, agar mereka kembali (ke jalan yang benar). Katakanlah: “Adakan perjalanan di muka bumi dan perhatikanlah bagaimana kesudahan orang-orang yang dahulu. Kebanyakan dari mereka itu adalah orang-orang yang mempersekutukan (Allah).” Ar Rum : 41-42
MasyaAllah..
Hebatnya Allahkan...Disini,saya ingin membawa anda untuk merasai bagaimana Allah telah berpesan kepada kita agar kita tidak melakukan kerosakan yang Allah janjikan kepada kita agar menjadi khalifah dimuka bumi ini untuk menjaganya..
Oleh itu,marilah sama-sama kita memperbaiki diri kita agar tidak melakukan kerosakan yang Allah tidak sukai...
Saya minta maaf kalau ada tersilap kata atau diri anda terasa bila baca apa yang saya tulis maafkan hamba yang lemah ini..

Labels:


new past